"Kawan Orang Pekan"



SELAMAT DATANG

Syabas dan tahniah, anda membuat pilihan yang bijak untuk berkunjung ke laman blog eksklusif ini. ~ Admin

BLOG MASIH DI KEMASKINI

Harap Maaf, Blog Ini Masih Di Kemaskini. Terima Kasih Atas Kunjungan. Sila Datang Lagi.



Istana Abu Bakar

Dibina pada awal 1960-an. Diberi nama sempena nama Al-Marhum Sultan Abu Bakar ayahanda Sultan Pahang terkini Sultan Ahmad Shah. Istana ini telah dijadikan Istana rasmi iaitu tempat bagi majlis adat istiadat seperti pengurniaan darjah kebesaran dan di dalamnya terdapat Balairung Seri.

Istana Leban Tunggal

Dibina pada tahun 1935, diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan istana ditumbuhi hanya sebatang sahaja pokok leban. YAM Tengku Besar Pahang (Tengku Besar Pahang II, Kerabat Bergelar) (Mangkat), Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ahmad.

Muzium Sultan Abu Bakar

Dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888. Muzium Sultan Abu Bakar berkonsepkan muzium dalam taman – The Intelektual Garden.

Pekan River Front

Pekan Riverfront merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi para pelancong yang bertandang ke Pekan. Riverfront ini terletak di bandar Pekan berhadapan dengan Petronas dan Shell.

Masjid Sultan Abdullah

Masjid Sultan Abdullah merupakan masjid ketiga di Bandar Pekan dan dibina di atas tapak masjid kedua di Kuala Sungai Parit. Bangunan batu dengan reka bentuk “Moorish” ini dibina pada awal tahun 1929 dan siap pada tahun 1930.

BANGSA Bakal Jalin Kerjasama Dengan 112 NGO Berpengaruh


KUALA LUMPUR: Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA) telah mengenalpasti dan menghubungi 112 badan bukan kerajaan (NGO) berpengaruh di seluruh negara bagi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada tahun ini.

Presiden BANGSA, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, kerjasama yang terjalin bertujuan untuk mencapai agenda BANGSA memperoleh jumlah ahli parti seramai mungkin dan menghargai usaha setiap NGO yang berbakti kepada masyarakat.

Menurutnya, NGO terlibat adalah NGO yang diwakili bangsa Melayu mencakupi semua bidang sama ada politik, kebajikan, sosial, rekreasi, kebudayaan, seni, perdagangan, hak asasi, alam sekitar dan lain-lain.

"Setiap NGO berkenaan memiliki sekurang-kurangnya 5,000 orang ahli dan mempunyai rekod yang bersih serta dikenali oleh majoriti rakyat. Ahli mereka yang layak akan berdaftar secara automatik dengan parti BANGSA sekaligus menambah sasaran bilangan ahli parti iaitu sebanyak 1 juta orang sebelum menjelang tahun 2020.

"Kita mahu menarik minat setiap ahli berusia 16 hingga 45 tahun untuk bersama-sama dalam perjuangan BANGSA. Ini kerana NGO tidak mempunyai batas untuk berkhidmat kepada rakyat dan terpisah dari kuasa politik sebelum ini.

"Keadaan itu tidak berlaku pada NGO atau BANGSA sendiri, kita akan perbaiki dan mahu berkhidmat untuk semua malah lebih membanggakan kita memiliki barisan kepimpinan serta ahli dikalangan anak muda yang mahu berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Sementara itu, Syed Faiz berkata, kerjasama ini juga memberi kelebihan kepada parti BANGSA yang membuka keahlian kepada rakyat seawal usia 16 tahun.

"Kita lihat kelebihan pada masa akan datang di mana ahli berusia 16 tahun hari ini akan cukup umur 21 tahun dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
"Mereka inilah yang akan menyumbang undi kepada BANGSA yang mana kita juga sedang membuat persediaan dari awal memilih dan akan menempatkan calon untuk mengambil bahagian pada PRU ke-15 nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau (Syed Faiz) menyifatkan kerjasama yang bakal terjalin itu akan memberi dimensi baru kepada parti BANGSA selaku parti baru yang membawa agenda perjuangan negara dari sudut perspektif generasi muda.

"Semua NGO yang dihubungi telah bersetuju dan sedia menjalin kerjasama dengan BANGSA malah mereka gembira kerana kita membuka ruang kerjasama dengan NGO walaupun ramai daripadanya tidak nampak kelebihan yang ada pada mereka.

"Kerja-kerja masyarakat yang dilakukan mereka (NGO) juga lebih menyeluruh, tertumpu dan mereka mampu mendekati rakyat melalui susunan aktiviti dan program yang dekat di hati rakyat terutamanya menghulurkan bantuan ketika saat diperlukan selain memperjuangkan isu setempat.

"BANGSA juga mempunyai nilai sama di mana pengukuhan parti serta ahli adalah kesungguhan untuk memperjuangkan isu serta masalah rakyat sentiasa diberi keutamaan selain perkongsian idea di kalangan anak muda akan diketengahkan supaya mendapat tempat dan perhatian oleh semua pihak", akhirinya.  #PDO

BANGSA Gesa Kaji Semula Had Umur Bersara Penjawat Awam


KUALA LUMPUR: Keputusan menaikkan had umur persaraan penjawat awam kepada 60 tahun oleh kerajaan sebelum ini dan permohonan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan lagi sehingga 62 tahun benar-benar menyesakkan lagi hidup generasi muda negara kini.

Had umur persaraan penjawat awam sudah tiga kali dinaikkan di mana pada tahun 2001 umur persaraan penjawat awam dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun.

Tujuh tahun kemudian pada tahun 2008, had umur ini dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan pada 2012 had umur persaraan ini sekali lagi dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Presiden Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant memandang serius isu berkenaan yang berlegar di kalangan anak muda langsung tidak dihiraukan malah mereka hanya sibuk mengisi 'tembolok' keinginan masing-masing.

Menurutnya, walau apa jua alasan yang diberikan, perhatian sewajarnya diberikan kepada keperluan generasi muda malah lebih penting memikirkan kesan rantaian kenaikan had umur persaraan terutamanya terhadap kelumpuhan pasaran tenaga kerja.

"Tidakkah kerajaan nampak bahawa tindakan menyetujuinya (lanjut had umur) hanya akan menyebabkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor awam tertangguh (beku) atau seterusnya tertutup?, "soalnya.

"Ini bukan lagi zaman 70, 80-an di mana tawaran kerja lebih banyak daripada bakal pekerja. Ketika itu ramai pelajar universiti sudah ditawarkan kerja walaupun mereka masih belum menamatkan pengajian. Lulusan universiti, kolej atau sekolah menengah memang mudah mendapat kerja.

"Tapi senario kini sudah jauh berlainan. Jumlah pencari kerja pula jauh lebih ramai daripada tawaran kerja. Setiap tahun universiti awam dan swasta melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang dan jumlah ini terus bertambah saban tahun," katanya ketika dihubungi pemberita di sini'

Syed Faiz berkata, anak muda menjadi penganggur terhormat di dalam negara sendiri, malah lebih merugikan apabila mereka yang pakar dalam sesuatu bidang lebih berminat berkhidmat di luar negara berbanding di negara sendiri kerana 'karenah-karenah' yang diwujudkan selain gaji ditawarkan jauh lebih tinggi.

"Mereka juga mahu berumahtangga, membina kerjaya, kehidupan serta memiliki harta seperti kereta dan rumah sendiri. "Tapi jika keadaan ini berterusan nampaknya mereka hanya mampu terus bermimpi 'atas katil' sambil melihat realiti warga emas kekal bekerja, mungkin mereka benar-benar bekerja dan mungkin juga mereka hanya menjadi entiti yang tidak lagi berfungsi malah sudah tidak memberi banyak sumbangan dan tidak produktif. Mereka sekadar datang bekerja dan menerima gaji.

"Kerajaan perlu bertegas menetapkan umur persaraan yang tepat dan bersesuaian seperti pada umur 55 tahun. Jangan hanya memikirkan permintaan mereka tetapi fikirkan juga nasib generasi muda yang masih teraba-raba mencari kerja ini. Mereka tidak dapat masuk ke dalam pasaran kerja apatah lagi mahu menyumbang untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Adalah lebih baik mereka yang telah mencapai taraf warga emas ini memberi laluan kepada tenaga kerja baharu yang lebih segar, aktif dan produktif. Tetapi berapa ramai yang sedia berbuat demikian jika mereka ada lesen untuk bekerja sehingga bergelar warga emas sedangkan ramai yang sedang berbaris menunggu untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Satu lagi, peningkatan pangkat dan kedudukan dalam kerjaya adalah impian setiap pekerja namun peluang mereka untuk meningkat juga terhad jika orang atasan masih enak duduk di kerusi masing-masing. Orang di bawah hanya boleh mengintai mereka yang di atas tetapi tidak mampu sampai ke tempat mereka.

"Jika kerajaan masih mahu menerima permintaan naik had umur persaraan ini, saya rasa lebih elok anak muda simpan sijil, ijazah segala kelulusan kemahiran yang ada dan tampillah memohon kerja apabila sudah berusia 60 tahun nanti. Mungkin peluang ketika itu lebih cerah," akhirinya. #PDO

BANGSA Sambut Baik Cadangan Turun Had Umur Pengundi


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Menurutnya, setakat September 2017, terdapat 3.6 juta warganegara layak mengundi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Sementara, 2.5 juta daripadanya adalah golongan anak muda berumur antara 21 hingga 30 tahun.

Sebagaimana yang kita ketahui, hak seseorang warganegara mengundi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakan dan sudah didaftarkan dalam daftar pemilih, layak dan berhak mengundi dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Statitik dikeluarkan sebelum ini menyatakan bahawa sebanyak 1.5 juta rakyat Malaysia yang sudah dewasa tidak boleh mengundi kerana mereka belum mencapai umur 21 tahun.

"Jesteru, cadangan berkenaan memberi peluang kepada golongan anak muda untuk bersama-sama membuat pemilihan dan keputusan terbaik demi masa depan negara.

"BANGSA juga turut komited mahu menjadikan inisiatif ini sebahagian daripada perjuangan kami selaras dengan perjuangan parti yang benar-benar membawa suara anak muda.

"Kita perlu sedar bahawa kebenaran mengundi semasa pilihan raya memberi peluang kepada anak muda terlibat secara langsung dengan proses politik dan demokrasi negara.

"Ia dibuktikan melalui kesedaran politik yang kuat ditunjukkan oleh pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-14, bulan lalu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Syed Faiz berkata, amalan membuang undi itu adalah suatu amalan demokrasi yang penting di mana kuasa rakyat menentukan siapa yang akan mewakili kawasan tersebut di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri.

"Ia juga boleh menentukan siapa yang memegang tampuk kuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.

Secara peribadi, rakyat yang telah berusia 18 tahun sudah dikira dewasa kerana sudah boleh bekerja, diambilkira kelayakan dalam perjanjian, berkahwin dan juga memiliki lesen memandu.

"Tidak adil jika mereka dihalang mengundi semasa pilihan raya untuk menentukan siapa yang akan mewakili mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Jika mahu pertikai mengenai kematangan, mereka perlu sedar bahawa tahap kematangan adalah sesuatu perkara yang berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.

Amalan mengundi secara asasnya tidak meletakkan aras kematangan seseorang itu sebagai suatu syarat, asalkan orang itu waras dan faham apa yang dilakukan.

Kebanyakan negara dalam dunia ini meletakkan umur 18 tahun sebagai umur layak mengundi termasuklah negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, India dan Iran.

Malahan, jiran kita Thailand, Filipina dan Indonesia juga membenarkan warganegara yang berumur 18 tahun untuk mengundi.

Setiap parti politik juga wajar menjadikan inisiatif ini sebahagian daripada perjuangan mereka, sekiranya mereka benar-benar membawa suara anak muda.



Anak muda yang sudah dewasa wajar diberi ruang dan peluang untuk terlibat dalam menentukan hala tuju negara melalui proses politik, "akhirinya. #PDO

Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA) Jadi Platform Lahir Pemimpin Muda Berkaliber


KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA) dilihat bakal mencetus revolusi perjuangan politik di kalangan anak muda yang mempunyai potensi dan kualiti.

Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, BANGSA mempunyai agenda penting iaitu mahu mewujudkan peluang kepada anak muda yang terpinggir dalam arena politik meneruskan semangat juang dalam membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat.

"BANGSA akan menjadi parti acuan anak muda yang bersungguh-sungguh dalam mengambil bahagian menyumbang untuk membina sebuah negara maju yang sejahtera selain memelihara kestabilan politik yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.

"Perjuangan parti BANGSA adalah untuk mengangkat suara dan martabat anak muda, mempertahankan kedaulatan negara, agama Islam dan membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menerusi perjuangan politik yang berpandukan prinsip undang-undang, Raja Berperlembagaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan keadilan sosial demi mewujudkan sebuah pemerintahan yang seimbang.

"Kita tidak menggalakkan sesuatu perkara yang dilarang, malah kita bertindak berteraskan undang-undang, patuh pada sistem demokrasi berparlimen. "Tidak salah tubuh parti baru demi mengetengahkan kredibiliti anak muda," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed Faiz menegaskan, sudah banyak contoh depan mata di mana sejarah merakamkan majoriti barisan pemimpin hari ini juga bermula seawal usia yang muda.

"Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri diangkat menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun malah beliau banyak menerima sokongan rakyat pada ketika itu walaupun pada usia muda.

Lihat juga (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Allahyarham Tuan Guru) Nik Aziz, Nurul Izzah dan ramai lagi. malah (Tun) Mahathir juga boleh beri peluang pada anak muda melalui barisan kabinetnya," katanya.

Beliau menambah, BANGSA adalah sebuah parti yang bergerak dalam dimensi baru di mana ia tidak akan tertakluk atau terikut 'tradisi lapuk' yang telah memusnahkan kebanyakan parti gergasi hari ini kerana tidak memberi peluang atau mendengar suara anak muda.

"BANGSA akan menjadi wadah perjuangan baru yang akan diwakili ahli-ahli berusia 21 hingga 45 tahun sahaja. Kita tidak mahu anak-anak muda yang berpotensi dan memiliki semangat juang politik yang tinggi ini pupus begitu sahaja kerana budaya 'kerat mengerat' yang diamalkan oleh golongan veteran yang tamak dan 'tidak mahu lepas jawatan'.

"Tambahan lagi dalam dunia yang terlalu pantas berkembang, maklumat hanya terletak di hujung jari dan kelebihan itu ada pada anak muda yang lebih cekap dan bijak menguasai dunia maya. Mereka mampu menyebarkan kebaikan kepada rakyat dan bekerja dengan kederat serta kelebihan yang dimiliki.

⁩ "Golongan lama kena sedar, pengaruh anak muda cukup besar dalam menentu arah perkembangan negara malah dunia hari ini dikelilingi anak-anak muda yang mencari peluang untuk sama-sama berjuang.

⁩"BANGSA akan menjadi sebuah parti gerakan yang berpengaruh kepada anak muda malah kita telah menetapkan bahawa calon-calon dari Parti BANGSA akan dipersiapkan bagi menyertai Pilihan Raya Umum Persekutuan dan Negeri serta Pilihan Raya Kecil (PRK) sekaligus menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Rakyat akan menilai dan melihat persaingan dan perjuangan secara sihat di kalangan anak muda malah kita tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai aspirasi serta prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan masa depan negara yang lebih baik, demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

Tambah beliau lagi, perasaan sedih timbul apabila melihat keadaan politik anak muda kini di mana begitu ramai melayu muda tidak daftar mengundi disebabkan kurang pemahaman, kesedaran dan minat tentang masa depan negara sendiri sehingga akhirnya bangsa lain mengambil kesempatan dengan begitu mudah.

Beliau berkata, "Golongan muda merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan dan cermin negara pada masa akan datang.

"Secara mudah hendak faham, "BANGSA ini hak orang muda, lebih had umur 45 kena 'rejek'. Saya pun tak boleh berangan pegang lama-lama jawatan dalam parti. "Adil lah untuk generasi kita akan datang, mereka pun mahu merasa berkuasa dan mendapat peluang secara automatik, ini sekaligus mengelak monopoli kuasa, nanti jadi 'kemaruk' kuasa susah, "katanya.

"Harapan saya bersama pucuk pimpinan BANGSA mahu melihat parti yang diasaskan ini terbilang sebagaimana parti-parti sedia ada. Saya amat yakin dan percaya, sudah pasti semua anak muda, dalam parti-parti sedia ada dalam negara ini jelas dengan konsep serta matlamat yang diperjuangkan.

Sementara itu, bagi merealisasikan agenda yang ditetapkan, BANGSA akan memulakan jelajah ke seluruh pelusuk negara dan akan menggembeleng tenaga dalam usaha untuk 'menarik keluar' potensi dan jumlah keanggotaan anak muda yang besar serta bakal menjadi sejarah.

"Ini adalah 'kapal' kepada semua anak muda. Kita tidak letak had atau batas kepada kemampuan diri, apa yang penting kemahuan berpolitik dan semangat juang tinggi.

"BANGSA terbuka kepada mereka yang berminat tidak kira jantina, malahan bonus kepada mereka yang berpotensi untuk bersama-sama membawa idea serta gagasan anak muda dalam pembentukan negara bangsa mengikut hak dan acuan generasi muda pewaris masa depan, "akhirinya#PDO

Pelawak A.R Badul Terima Lantikan Jadi Ahli Kehormat KDPJ


PEKAN: Nama A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie memang tak asing dalam industri seni tanahair. Siapa tak kenal dengan pelakon, pelawak, pengarah filem, pengacara serta penulis skrip ini.

Beliau (A.R Badul) merupakan anak kepada seniman Allahyarham A.R Tompel. Sinonim dengan karaktor bersahaja yang mencuit hati sesiapa didampinginya. A.R Badul merupakan antara produk terbaik Malaysia yang dikenali dan karyanya masih diingati sehingga kini.

"Perlantikan ini adalah atas jasa dan sumbangan beliau ke atas kelab kami," jelas Presiden KDPJ, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant kepada pemberita.

Sementara itu, A.R Badul ketika ucapan balasnya, menzahirkan rasa terima kasih atas lantikan dan penghargaan tersebut.

"Hari ini Syawal kedua, saya rasa sangat bertuah dan teruja menerima watikah ini. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, "kalau 'hensem' itu salah, maafkan saya", katanya berseloroh.

"Secara peribadi saya sudah mengenali dia (Syed Faiz) sejak 10 tahun lalu, bagi saya ini merupakan sesuatu yang sangat berharga secara langsung saya berpeluang menyumbang khidmat pada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, jelas A.R Badul, beliau akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu kelab itu dalam berkongsi idea dan pengalaman.

"Saya akan beri sokongan berterusan dan akan mengembangkan pengaruh kelab kepada kenalan artis dan menarik penyertaan mereka (golongan artis) lebih ramai lagi termasuk memberi pandangan dan nasihat berhubung dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti  seni dan kebudayaan KDPJ," katanya lagi.

KDPJ kini sentiasa aktif dalam kerja kemasyarakatan di sekitar DUN ini. #PDO

Dana Politik Milik Parti, Bukan Untuk Di Simpan Bawah Bantal


PEKAN: Permintaan UMNO agar polis memulangkan baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dirampas pihak berkuasa itu turut menarik reaksi pelbagai pihak tentang isu berkenaan.

Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, walaupun derma atau dana pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang negara ini, namun tempat menyimpannya menimbulkan persoalan.

"Kita semua maklum, pembiayaan serta dana politik dibenarkan tetapi ia perlu melalui cara yang sah dan mempunyai langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak salahguna dana berlaku.

"Ia perlu melalui proses seperti pengisytiharan dana politik yang diterima, penyata perbelanjaan sepanjang kerja-kerja kempen parti dan sudah pasti dana berkenaan perlu dimasukkan ke akaun parti, bukan akaun individu apatah lagi sesuka hati disimpan di rumah presiden parti atau anak beranaknya? Syed Faiz berkata, kalau begitu saya bertanding, saya pun hendak cari derma kempen banyak-banyak dan simpan sahaja dalam rumah, boleh? Soalnya.

"Sebelum terpalit isu ini, bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri ketika masih bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Ogos 2015.

Malah ia kononnya satu jawatankuasa yang komprehensif berserta saranan yang konstruktif bagi menggubal dan mencadangkan satu sistem pembiayaan politik yang tersusun bagi melahirkan budaya berintegriti.

Ketika itu, ramai berpendapat bahawa ia akan menjadi pelengkap kepada undang-undang lain yang sedia ada seperti Akta SPRM 2009, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta Pendaftar Pertubuhan dan Akta Pengubahan Wang Haram serta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jika benar ia dibuktikan sebagai dana yang diselewengkan, maka jawatankuasa tersebut hanyalah 'wayang' bagi menutup kesalahan yang dilakukan selama ini malah ia satu perkara yang mengejutkan apabila serbuan yang dilakukan di beberapa buah kediaman milik Najib dan anaknya menemui ratusan juta ringgit di mana sebahagiannya didakwa sumbagan dana politik milik UMNO.

Syed Faiz berkata, pemantauan dana atau sumbangan politik hanya dapat dijalankan dengan berkesan apabila keperluan melaporkan sumber dana politik itu menjadi mandatori kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti politik.

Kalau parti politik tidak mematuhi apa jua peraturan yang diperkenalkan maka usaha memupuk budaya berintegriti tidak akan berkesan.

Malah lebih memalukan, presiden parti kerajaan terdahulu yang cadangkan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya di mana beliau pula yang 'sorok duit bawah bantal'. Katanya ketika ditemui pemberita.

Bila sudah terbongkar baru hendak cakap itu derma politik, nak tuntut semula. Sepatutnya dari awal mereka perlu bertindak telus, bukan sesuka hati simpan dana kempen seperti milik sendiri.

Beliau berkata, bagi mengelak isu ini berulang pada masa akan datang maka pemantauan dana politik amat penting bagi menutup segala ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah.

Oleh itu, setiap dana politik yang disalurkan perlu diaudit dan direkodkan bagi menunjukkan ketelusan setiap parti terlibat.

Pembiayaan politik di peringkat pusat mahupun negeri perlu disalurkan terus ke akaun parti bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik itu. Akhirinya.. #PDO

Syed Faiz: Masalah Yang Melanda "Pantai Air Leleh" Perlu Perhatian, Tindakan Kerajaan


PEKAN: Masalah yang melanda kawasan perlancongan berpotensi tinggi di daerah ini, Pantai Air Leleh menuntut perhatian pihak berwajib bagi tindakan penyelesaian segera.

Tinjauan mendapati khususnya pada hujung minggu dan hari cuti umum, kawasan pantai ini sentiasa dipenuhi orang ramai yang datang berkelah, mandi di samping membawa keluarga bersantai.

Namun di sebalik pembangunan dan kemudahan yang dilakukan di kawasan ini sejak beberapa tahun lalu masih tidak mampu mengatasi masalah jalan masuk yang sempit, jalan rosak teruk, keadaan papan tanda yang usang, kebersihan tak terjaga, tiada lampu jalan serta tiada aktiviti rekreasi dan ini (isu dibangkitkan) sekaligus akan merosakkan imej pantai ini.


Presiden Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya (KDPJ), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pihak kerajaan telah berusaha ‘mengubah’ rupa dengan menyediakan kemudahan yang selesa kepada orang ramai namun banyak isu yang tidak selesai kerana pihak berkenaan hanya mampu menyediakan namun tiada penyelenggaraan serta perhatian berterusan.

Beliau (Syed Faiz) berkata, saya sendiri telah bertemu peniaga di kawasan ini yang memaklumkan keadaan di sini berada di bawah tadbir urus syarikat kontraktor yang telah dilantik dan diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mereka yang juga peniaga melayu mengeluh kerana perniagaan terjejas selepas tiada aktiviti rekreasi di sini malah kehadiran pengunjung semakin berkurang.


Sebelum ini, ada penyewa peralatan permainan untuk aktiviti rekreasi seperti banana boat, ATV, Jet ski dan lain-lain tetapi kadar sewa tapak dikatakan terlalu mahal menyebabkan pengusaha lari dan tiada lagi aktiviti menyeronokkan di pantai ini.

Masalah lain yang dihadapi peniaga ialah kadar sewa yang dikenakan tetap, walaupun pada hari tiada pengunjung. Apabila tiada aktiviti pastinya tidak dapat menarik pengunjung yang ramai. Mereka (peniaga) juga menghadapi kerugian apabila berlaku kecurian ekoran keadaan sekitar kawasan seluas 10 ekar dibangunkan ini tidak mempunyai lampu di sekitar seterusnya menggalakkan aktiviti negatif lain seperti gejala sosial dan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Syed Faiz turut mendedahkan, walaupun insfrastruktur yang disediakan mencukupi seperti tandas awam, surau, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain, tetapi ia tidak diselenggara dan dijaga dengan baik termasuk persekitaran pantai yang kotor. Kalau berterusan begini siapa nak datang? Lama kelamaan berhantu", katanya. Keadaan ini membimbangkan kerana membuka peluang kepada pencuri untuk mengambil aset tersebut dan mengundang masalah seperti penyakit (kencing tikus) yang semua maklum amat berbahaya.


Keadaan satu-satunya jalan masuk ke pantai ini selain sempit dan rosak teruk juga menyukarkan orang ramai yang keluar masuk malah membahayakan pengunjung yang menaiki motosikal yang mungkin boleh terjatuh akibat lubang serta taburan batu di atas jalan. Masalah papan tanda usang juga memerlukan perhatian kerana ia menyukarkan pengunjung dari luar untuk mencari pantai ini.


Katanya lagi, pihak berkaitan seharusnya memberi perhatian serius aspek penyelenggaraan secara berjadual dan menyediakan lebih banyak ruang sewaan tapak perniagaan murah bagi memastikan pusat perlancongan yang ada di daerah ini benar-benar hidup dan sempurna serta mampu dijadikan pusat kegiatan ekonomi setempat. Bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Kita (KDPJ) akan mengadakan pertemuan dengan PBT selepas raya bagi membentangkan kertas cadangan untuk penambahbaikan. Apa yang kita harapkan kawasan pantai ini dapat diurus secara sistematik oleh pihak yang diberi tanggungjawab dan memperbanyakkan aktiviti untuk menarik orang ramai bagi membantu peniaga melayu dan anak muda menjana pendapatan. Kita tidak mahu kelebihan yang ada disini terus terbiar dan teguran serta aduan daripada peniaga dan pengunjung mendapat reaksi balas sewajarnya.

Beliau menambah, potensi yang ada pada pantai yang landai ini hanya akan menjadi sia-sia jika pihak berkenaan tidak memberi perhatian kepada salah satu kelebihan yang ada di daerah ini.

Lokasi pantai ini yang terletak di kawasan perkampungan bukan satu halangan malah ia adalah satu kelebihan kerana para pengunjung dapat menikmati pemandangan kawasan perkampungan yang unik di samping menghirup udara segar sepanjang perjalanan ke pantai ini.#PDO